Polis didesak tahan semula lelaki hina Nabi

Iklan
Lebih 100 aktivis Islam berkumpul di hadapan IPD Timur Laut bagi mendesak PDRM mengambil tindakan terhadap lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW.

GEORGETOWN - Lebih 100 aktivis Islam berkumpul di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Jalan Patani di sini, bagi mendesak polis menahan semula lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook, minggu lalu.

Mereka mula berkumpul sejak jam 9.30 malam ini supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak lebih tegas kepada lelaki berkenaan yang dikatakan turut menghina Islam.

Iklan
Iklan

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain berkata, himpunan itu bukan bermotifkan politik sebaliknya bertujuan mempertahankan agama Islam yang sering dihina oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebagai negara Islam, kita perlu mempertahankan Islam dan bukannya membiarkan sahaja Islam dihina. Tindakan menahan tiga hari dan kemudiannya melepaskannya dengan jaminan polis tidak wajar.

Iklan

"Kami berkumpul di sini malam ini bukan kerana fahaman politik tetapi mahu PDRM menahan semula lelaki tersebut dan menghukumnya dengan hukuman lebih berat. Jika kami yang beragama Islam tidak mempertahankan Nabi Muhammad SAW, siapa lagi nak mempertahankan Baginda?," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, pihaknya mengesyaki berlaku ketidakadilan dalam kes tersebut.

Iklan

"Isu ini mencetuskan ketidaktenteraman awam di kalangan masyarakat. Lelaki biadab itu menghina Nabi Muhammad SAW dan polis hanya menahannya tiga hari. Peguam Negara juga dilihat gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dengan adil.

Anggota LSF bersiap sedia di hadapan IPD Timur Laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Di mana keadilan terhadap agama Islam? Apa yang kami bimbang, lelaki tersebut akan terus bebas walaupun menghina Nabi Muhammad SAW. Kami mahu kan keadilan dalam isu ini," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati anggota Unit Tempur Ringan (LSF) turut berada di hadapan IPD bekenaan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, lelaki berusia 68 tahun yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis sebaik tempoh reman tiga hari dikenakan terhadapnya tamat semalam.

Dia ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Pada 18 Februari lalu, lelaki itu disyaki memuat naik gambar karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah sebelum tular di media sosial.

Gambar itu ditulis dengan perkataan Muhammad pada lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah hingga mengundang kemarahan dan rasa tidak senang umat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek hina nabi dibebas dengan jaminan polis

Hina Nabi: KAMP mahu tindakan tegas