KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan melaksanakan program Jelajah Rahmah secara berperingkat bermula tahun ini, dalam menyantuni dan membantu komuniti gelandangan dan mereka yang terjebak dengan gejala sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, program itu akan melibatkan masjid, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.