Belgium mahu hampakan juara bertahan

Iklan
Belgium berada pada tahap terbaik untuk meraih kejuaraan Euro kali ini.

PEMAIN pertahanan Belgium, Toby Alderweireld mengakui pasukan itu sudah bersedia untuk menghampakan juara bertahan, Portugal dalam aksi 16 pasukan terakhir Euro 2020 di Estadio La Cartuja pada Isnin ini.

Menurutnya, pasukan yang terkenal dengan gelaran The Red Devils itu sedang berada pada tahap terbaik selain menjadi pilihan pencabar utama dalam kejohanan kali ini.

Iklan
Iklan

"Saya mahu melihat ia dalam perspektif berbeza terutama dengan status Portugal sebagai juara bertahan. Saya tidak boleh bercakap tentang apa yang Portugal fikir atau rasa, tapi kami sangat mahukan kejuaraan.

"Keinginan itu sukar digambarkan dalam misi kami untuk mencapai kejayaan besar buat negara dan pasukan ini. Oleh itu, kami akan melakukan segala yang terdaya untuk menundukkan mereka," katanya.

Iklan

Belgium yang kini berada di ranking pertama dunia belum pernah menjulang sebarang gelaran utama selain muncul finalis dalam Kejohanan Eropah itu pada 1980 dan menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018.

Pasukan itu juga berjaya mara ke peringkat kalah mati dalam lima penampilan terakhir mereka di Euro dan Piala Dunia dan kejohanan kali ini dilihat peluang terbaik mereka untuk meraih trofi.

Iklan

Malah, keupayaan beberapa pemain bintang yang kini berada pada prestasi terbaik seperti Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne, Eden Hazard, Youri Tielemans dan Thibaut Courtois menjadi sandaran buat Belgium.

"Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk menjadi generasi yang berjaya. Kami telah membuktikan bahawa kami mampu mengalahkan mana-mana pasukan jika kami bermain dengan baik.

"Bukan bermakna kami perkecilkan Portugal memandangkan kami tahu mereka lawan yang sukar. Tetapi, kami percaya dengan idea dan kualiti sendiri," katanya.