Keluarga tinggal dalam bot

Iklan

Pengusaha rumah bot, Shamsuddin khalid, 45, (kanan) memantau anak-anaknya melalui titi untuk ke darat ketika ditemui di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Shamsuddin dan isteri Nor Farhana Yusop, 30, serta empat anak Nor Nadia Shahira, 11; Nor Syazlina Farahin, 9; Nor Azura Natasha, 7, dan Nor Farhan Iskandar yang berusia lapan bulan terpaksa tinggal di rumah bot yang serba kekurangan dan rosak pada Mac tahun lepas berikutan rumah rakit yang menjadi tempat berteduh sejak 10 tahun sebelum ini semakin uzur dan tidak sesuai untuk jumlah anak yang ramai.

Iklan
Iklan

Shamsuddin sebelum ini memilih untuk membawa keluarganya tinggal di atas ‘air’ memandangkan pekerjaannya sebagai pengusaha dan pemandu rumah bot, menyebabkan banyak masanya dihabiskan di tasik tersebut.

Namun kehidupan keluarga itu bertambah rumit sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19 kerana tiada pendapatan memandangkan sektor pelancongan tidak dibenarkan beroperasi. - Foto Bernama

Iklan
Iklan