Pas, UMNO bersama sebab Islam

Iklan
Muhammad Khalil bersama Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika sesi Ceramah Perdana Pentas Anak Muda di Kantan Permai malam tadi. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEMENYIH - Pemuda Pas memberi komitmen sepenuhnya membantu BN pada PRK DUN Semenyih.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya memberi komimen kepada BN sama seperti di PRK Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

"Kita hanya membantu untuk memenangkan calon BN, Zakaria Hanafi di PRK DUN Semenyih ini.

"Namun apa yang berlaku adalah 'serangan' pimpinan PH terhadap Pas kerana mereka takut dan bimbang muafakat Pas dan UMNO serta perpaduan ummah ini," katanya.

Iklan

Muhammad Khalil berkata, Pas dan UMNO merupakan musuh politik sekian lama, namun kedua parti itu boleh bersama pada satu pentas ceramah malam tadi.

"Kalau kita cari titik permusuhan, sampai bila-bila kita akan bermusuh, tetapi kita perlu cari titik pertemuan.

Iklan

"Orang UMNO dan PAS merupakan orang Melayu, kita semua beragama Islam dan rakyat Malaysia, di atas asas titik pertemuan ini, kita bersama," katanya.

Beliau berkata, muafakat pembangkang ini yang digeruni oleh PH.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi pada PRK sehingga PRU akan datang tidak akan berlaku lagi pertembungan tiga penjuru.

"Inilah kekuatan yang ditakuti oleh PH, sekiranya berlaku dua penjuru, bukan sahaja negeri Selangor akan beralih kuasa daripada PH ke muafakat pembangkang, ia termasuk kerajaan persekutuan," katanya.

Muhammad Khalil mendakwa PH cuba merenggangkan permuafakatan Pas dan UMNO.

"Sedangkan keadaan PH retak menunggu pecah, parti dalam PH mempunyai hala tuju masing-masing yang tidak menentu," katanya.