Pas, UMNO tubuh jawatankuasa bersama selepas PRK Semenyih

Iklan
- Foto Sharifudin Abdul Rahim

SEMENYIH - Pas dan UMNO akan menubuhkan jawatankuasa bersama melibatkan pemimpin kedua-dua parti selepas selesai PRK DUN Semenyih.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka akan pastikan Pas - UMNO membentuk blok pembangkang yang kuat untuk menumbangkan PH dalam PRU15.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua parti itu juga akan memastikan tiada lagi pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan Islam selepas ini.

"Tidak akan ada pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan Islam sebab kita semua bergabung hari ini atas nama Islam kerana itu tuntutan Islam.

Iklan

"Kita bersama atas dasar Islam kerana kita bukanlah sempurna. UMNO ada kelemahan, Pas ada kelemahan.

"Kekuatan ada pada UMNO boleh menampung kelemahan Pas san begitulah sebaliknya,” katanya dalam Ceramah Perdana Pentas Anak Muda, di sini, malam semalam.

Iklan

Tambah beliau, sekiranya Pas dan UMNO bergabung, Asyraf Wajdi optimis gabungan itu akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada PH.

"Tadi keluar satu sebaran kata UMNO nak kaji semula hubungan dengan Pas.

"Saya nak sebutkan di sini, betul kita nak kaji semula tapi kaji semula dari segi nak lebih rapat dengan Pas selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan jawatankuasa bersama akan dibentuk usai PRK DUN Semenyih.

"Kita akan berbincang dari semasa ke semasa dan buat masa terdekat, selepas PRK akan diwujudkan jawatankuasa bersama antara Pas dan UMNO.

"(Adakah selepas PRK DUN Semenyih?) Ya, selepas PRK Semenyih. Ia akan diumumkan nanti,” ujarnya.