Kerajaan perlu luluskan Pelan Regenerasi LTSAAS segera

Iklan
Naguib Mohd Nor

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu merujuk dan mengesahkan dengan kerajaan mengenai persetujuan untuk melaksanakan Pelan Regenerasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Presiden Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA), Naguib Mohd Nor berkata, ini kerana ia tidak dinyatakan secara khusus dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

Iklan
Iklan

"Terdapat banyak perbincangan pengambilalihan pada masa lalu di Subang Airport. Ini menakutkan pengusaha asing.

"Industri menuntut arah yang jelas dan tidak tergoyahkan untuk memajukan sektor ini, dan LTSAAS adalah kunci untuk ini.

Iklan

"Pelan Regenerasi LTSAAS mesti diluluskan dengan cepat. Sebarang kelewatan pelaksanaan akan mempengaruhi garis masa, strategi pelaburan dan keputusan untuk melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar 'In Conversation with Malaysia Airports: The Rise of Subang Airport as Asia Pacific's Preferred MRO Hub' yang diadakan secara maya pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Naguib berkata, pelabur aeroangkasa akan memandang LTSAAS sebagai risiko tinggi dalam membuat keputusan pelaburan mereka kerana terdedah kepada pengambilalihan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS