Sahabudin Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman baharu

Iklan
Sahabudin Abd Manan

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

Sahabudin menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa pada Jumaat.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Superintendan Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pula dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan Sahabudin juga berkuat kuasa pada 1 Julai depan. - Bernama

Iklan
Iklan