Superkomputer ramal England tewas kepada Perancis di final

Iklan
England diramal mara ke final Euro 2020.

SUPERKOMPUTER meramalkan England akan berjaya mara ke final Euro buat pertama kali sejak kejohanan tersebut diperkenalkan pada tahun 1960.

Bagaimanapun, perjalanan indah England itu hanya sampai ke peringkat final dan akan ditewaskan oleh Perancis dalam perlawanan tersebut sekali gus meneruskan kemarau kejuraan skuad The Three Lions itu.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Daily Star yang menggunakan statistik daripada laman pertaruhan bettingexpert.com, England juga diramalkan akan menewaskan Jerman pada 30 Jun ini - kemenangan pertama skuad itu ke atas Jerman dalam kejohanan kompetitif sejak 2001.

"Walaupun terdapat kesangsian mengenai prestasi semasa England di peringkat kumpulan, tetapi Superkomputer kami meramalkan England akan mara ke final," kata jurucakap bettingexpert.com.

Iklan

Selepas menewaskan Jerman, England akan menentang Sweden di peringka suku akhir dan Belanda di peringkat separuh akhir.

Ramalan itu dibuat berdasarkan pasaran, data daripada peringkat kumpulan dan juga data prestasi setiap pasukan.

Iklan