PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata menerima banyak ugutan termasuk mahu membunuh anaknya ekoran prestasi hambar dalam saingan Euro kali ini.
Menurutnya, dia kecewa dengan perkara tersebut dan mengakui ugutan sedemikian sudah melampau batas.
"Mungkin saya tidak menjalankan tugas di atas padang dengan baik. Saya faham apabila dikritik kerana tidak menjaringkan gol.
"Tetapi, saya mahu orang faham dan meletakkan diri mereka di tempat saya apabila menerima ugutan sehingga mahu melihat anak saya mati.
"Setiap kali saya masuk ke dalam bilik, saya akan letakkan telefon di tempat lain," katanya,
Morata yang menjadi penyerang utama skuad La Roja itu dikritika selepas gagal mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.
Pemain berusia 28 tahun itu hanya menjaringakn satu gol daripada tiga perlawanan selain gagal menyempurnakan penalti ketika berdepan Slovakia pada Khamis.
Sepanyol dijadualakn bertemu Croatia dalam aksi kalah mati pada awal pagi Selasa ini.