Zaidatul Husniah puas hati catatan masa

Iklan
Zaidatul Husniah (tengah) ketika beraksi dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Perak Allcomers di Stadium Perak, hari ini. - Foto Bernama

RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berpuas hati dengan catatan 11.65 saat dilakarnya untuk memenangi pingat emas acara 100 meter wanita pada hari pertama Kejohanan Olahraga Perak All-Comers di Stadium Perak, di sini,

Catatan tersebut menyaksikan anak jati Alor Setar itu turut memadamkan rekod terdahulu, 11.90 saat yang dicipta atlet Perak, Yew Chai Peng pada 1996.

Iklan
Iklan

Pelari berusia 25 tahun itu berjaya menewaskan rakan sepelatih, Siti Fatimah Mohamad yang mewakili Tentera Darat (11.99s), manakala bekas pelari kebangsaan, S. Komalam Shally (Tentera Laut) meraih gangsa dengan catatan 12.01s.

"Kejayaan hari ini amat bermakna kerana saya berjaya mencipta rekod baharu kejohanan. Catatan 11.65 saat itu adalah catatan terbaik saya musim ini, memandangkan ini kejohanan pertama bagi musim 2019,” katanya ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan di Stadium Perak, di sini, semalam

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Zaidatul yang lebih mesra dengan panggilan ‘Adik’ memaklumkan, beliau masih menunggu perancangan daripada jurulatihnya, M. Balamurugan untuk menyertai beberapa kejohanan luar sebelum beraksi pada Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini.

Untuk rekod, Zaidatul pernah mencatat 11.36s pada Kejohanan Olahraga AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan pada 2017, namun Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak mengiktiraf catatan itu sebagai rekod baharu kebangsaan memandangkan pelari berkenaan mendapat bantuan angin 2.5 saat.

Iklan

Catatan 11.50s dilakukan G. Shanti pada Kejohanan Pra Sukan SEA 1993 masih kekal sebagai rekod kebangsaan acara 100m wanita. - Bernama