Kes bunuh Floyd, anggota polis dijel 22 tahun

Iklan
Derek Chauvin didakwa menyebabkan kematian George Floyd. - Foto Agensi

PEGAWAI polis Derek Chauvin dijatuhi hukuman penjara 22 tahun setengah atas pembunuhan George Floyd ketika melakukan tangkapan pada Mei 2020 di Minneapolis.

Chauvin, 45 tahun, disabitkan kesalahan pembunuhan tahap kedua dan tiga serta menyebabkan kematian manusia tahap kedua selepas prosiding perbicaraan.

Iklan
Iklan

Hukuman itu merupakan terpanjang yang pernah diterima oleh bekas pegawai polis kerana menggunakan kekerasan di Amerika Syarikat.

Keputusan itu dibacakan Peguam Negeri Minnesota, Keith Ellison, pada Jumaat, sekali gus melihat ia sebagai satu garis panduan baharu terhadap sejarah kepolisan Amerika Syarikat.

Iklan

Sebelum hukuman dijatuhkan, saudara-mara Floyd memberitahu mahkamah tentang kesedihan mereka.

Manakala ibu Chauvin berkeras anaknya tidak bersalah dan Chauvin sendiri mengucapkan takziah kepada keluarga Floyd.

Iklan

Hakim Daerah Hennepin, Peter Cahill berkata, penting untuk menyedari keperitan ditanggung keluarga Floyd dan mengakui kebenaran global mengenai kes ini dan ia sama sekali tidak mempengaruhi keputusan mahkamah.

Video Chauvin, lelaki berkulit putih yang menekan leher Floyd, lelaki Afrika Amerika, selama lebih dari sembilan minit pada 25 Mei 2020 menimbulkan kemarahan di seluruh dunia.

Insiden itu mencetus gerakan tunjuk perasaan terbesar pernah dilihat di Amerika Syarikat dalam beberapa dekad.