Pusat kuarantin Covid-19

Iklan

Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tuan Mohd Khosim Tuan Yusof (kiri) bersama rakan setugasnya menghantar air minuman untuk diberikan kepada penghuni pusat kuarantin COVID-19 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail ketika ditemui di sini.

Di sebalik raut wajah yang tenang ketika menjalankan tugas di pusat kuarantin itu di sini, tiada siapa menduga seorang sukarelawannya menyimpan kisah duka kerana kehilangan insan tersayang akibat virus COVID-19, dua minggu lepas.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga merupakan seorang guru baru sahaja kehilangan bapa angkatnya Wan Hanafi Wan Yusof, 71, yang memelihara beliau sejak kecil, pada 12 Jun lepas di Hospital Selayang, Selangor akibat COVID-19.

Namun peristiwa pahit tersebut langsung tidak mematahkan semangat bapa kepada tiga anak itu untuk terus berkhidmat sebagai sukarelawan APM, malah keinginannya untuk membantu bersama-sama mengekang penularan COVID-19 semakin berkobar-kobar. - Foto Bernama

Iklan
Iklan