Kenyataan tular PKP 3.0 lanjut adalah palsu

Iklan
Kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi adalah palsu.

SHAH ALAM - Kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada media pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyebut PKP 3.0 dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021 tular di media sosial.

Kenyataan palsu itu menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat mengambil kira kes baharu positif Covid-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari.

Iklan
Iklan

Tarikh penguatkuasaan PKP 3.0 atau Sekatan Pergerakan Penuh akan berakhir 28 Jun ini.