Maut ketika daki Gunung Besar Hantu

Iklan
Pasukan bomba dan penyelamat membawa mayat mangsa turun dari puncak gunung.

JELEBU - Seorang pendaki dari Seri Kembangan, Selangor meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki Gunung Besar Hantu dekat sini, semalam.

Mangsa, Rashid Harun, 52, sebelum itu dilaporkan pengsan semasa melakukan aktiviti berkenaan jam 1.50 petang pada hari sama.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, mangsa mula mendaki gunung itu pada awal pagi bersama 13 rakannya.

"Pasukan bomba menerima laporan mangsa pengsan di puncak gunung setinggi 1, 200 meter jam 1.57 petang.

Iklan

"Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelebu bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan.

"Pasukan kami tiba di kaki Gunung Besar Hantu pada pukul 2.40 petang untuk memulakan pendakian sebelum tiba di puncak gunung tiga jam kemudian," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Norazam berkata, bagaimanapun, mangsa didapati telah meninggal dunia dan jenazah dibawa turun dan tiba di Hospital Jelebu lebih kurang jam 1 pagi tadi untuk bedah siasat.