Potongan longgokan tayar terbakar

Iklan
Operasi pemadaman melibatkan longgokan tayar terbakar di Kampung Sawah di sini masih giat dijalankan.

BANTING - Longgokan tayar yang dipotong untuk dijadikan sumber bahan bakar ditemui terbakar di Kampung Sawah berhampiran jeti Pulau Carey di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 4.06 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, seramai 15 anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan BBP Sungai Pinang digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.12 petang.

"Kawasan kejadian berkeluasan kira-kira 0.37 hektar itu melibatkan longgokan tayar yang dipotong untuk dijadikan sumber bahan bakar.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, operasi pemadaman masih giat dilakukan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran ini,” katanya pada Sabtu.