KUALA LUMPUR - Golongan PKS Mikro dan usahawan tani mampu menjadi pendokong dalam menjana semula ekonomi negara. Peranan mereka umpama barisan hadapan negara kerana meliputi 98.5% pertubuhan pelbagai saiz dan sektor perniagaan di Malaysia.
Agro Bank dalam satu kenyataan berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf peranan PKS dengan sambutan Hari Antarabangsa untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) pada setiap 27 Jun.
Iklan
Iklan
Oleh itu, Agrobank turut menyokong usaha tersebut dengan mengumumkan Sambutan Bulan PKS Agrobank sepanjang bulan Jun setiap tahun.
Bagi menyuntik semangat dan memberi idea-idea yang baharu kepada usahawan PKS, Agrobank membuka ruang perbincangan melalui Webinar Agro Talk dan UMBI Agro dari semasa ke semasa.
Agrobank juga turut membantu mempromosikan perniagaan atas talian usahawannya secara percuma melalui laman sesawang dan media sosial rasmi Agrobank.
Layari laman sesawang kami https://www.agrobank.com.my/home/media/pks-month/ hari ini!