RAWANG - Polis menafikan satu video tular di media sosial mendakwa seorang remaja orang kurang upaya (OKU) diculik dalam kejadian di Saujana Rawang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 9 pagi itu berlaku ketika remaja berumur 16 tahun bersama ibunya pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan.
"Sebaik selesai membeli sarapan, wanita berkenaan menyedari anaknya telah tiada dan dia bertanya kepada peniaga di kawasan berhampiran sebelum dimaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki tempatan dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.
"Seorang kenalan ibu mangsa telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan WhatsApp sehingga kereta yang membawa remaja itu berjaya ditemui oleh orang awam di Saujana Rawang sekitar jam 12.30 tengah hari," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, ketika ditemui wanita berkenaan mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.
"Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya dan telah menahan sebuah kenderaan yang ketika itu melalui kawasan tersebut.
"Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 80 tahun itu berhenti dan membenarkan mangsa menaikinya kerana beranggapan mangsa meminta pertolongan," katanya.
Bagaimanapun, Zainal Mohamed berkata, lelaki tersebut tidak pasti arah tuju hendak membawa remaja itu kerana mangsa tidak berkata apa-apa sehinggalah mereka ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang.
"Ketika itu, orang awam menuduh lelaki berkenaan membawa lari mangsa.
"Namun polis mengesahkan tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sebagaimana yang ditularkan," katanya.
Tambahnya, wanita berkenaan turut menarik balik laporan polis sebelum ini yang diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
Pada Sabtu, tular di media sosial satu video memaparkan seorang pemandu didakwa telah melarikan seorang remaja.
Video berkenaan turut memaparkan beberapa individu mengatakan bahawa ada seorang remaja telah dilarikan pemandu tersebut.