Kes harian Covid-19 di Saint Petersburg meningkat

Iklan
Gazprom Arena, Saint Petersburg antara venue Euro 2020 kali ini.

TUAN rumah Euro 2020 Rusia, Saint Petersburg mencatatkan peningkatan mendadak kes harian Covid-19 untuk bandar tersebut sejak bermulanya penularan pandemik tersebut.

Angka rasmi melaporkan bandar pelabuhan itu tuan rumah kepada enam perlawanan kejuaraan berprestij bola sepak negara Eropah tersebut yang akan menjadi venue suku akhir pada Jumaat, mencatatkan 107 kematian akibat virus dalam tempoh 24 jam lalu.

Iklan
Iklan

Agensi berita Rusia mengatakan ini adalah jumlah tertinggi dalam kalangan bandar Rusia sejak bermulanya wabak ini.

Saint Petersburg sebelum ini merupakan lokasi yang menyaksikan puluhan penyokong Huuhkajat dijangkiti virus pembunuh nombor satu dunia tersebut selepas menyaksikan perlawanan Finland menentang Belgium pada 22 Jun lalu.

Iklan
Iklan