Lebih teruja jual buah tepi jalan daripada hadiri kelas online

Iklan

KELAS secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah mengubah landskap sistem pendidikan tanah air.

Murid tidak lagi bertandang ke sekolah. Tidak ada lagi kokurikulum dan tidak ada lagi pemilihan untuk pasukan bola sepak atau hoki untuk mewakili sekolah bertanding di peringkat zon, daerah dan negeri.

Iklan
Iklan

Jika dahulu ia menjadi satu keterujaan untuk bersaing mewakili sekolah tetapi sejak dua tahun ini, nikmat itu semua sudah tidak dirasai oleh anak-anak kita.

Kasihani mereka tetapi pandemik telah mengubah segala-galanya. Keseronokan dan keterujaan pergi ke sekolah dikhuatiri akan terus hilang dari sanubari mereka.

Iklan

Namun, dalam kelas PdPR pun ada sesuatu berlaku yang turut membimbangkan kita semua.

Baru-baru ini, dalam satu 'kelas PdPR' cuma ada dua orang murid sahaja yang hadir. Pada hari di mana guru yang mengajar itu adalah guru kegemaran murid, paling maksimum hanya sembilan orang sahaja yang sertai kelas.

Iklan

Situasi ini juga amat membimbangkan dan menyedihkan maka apa yang dikatakan oleh bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam ruangan Cetusan di akhbar ini pada Sabtu adalah benar.Beliau menyatakan, hasil kajian Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kehadiran murid dalam kelas PdPR tidak sampai pun 80 peratus.

Katanya, dapatan kajian itu sungguh menakutkan. Beliau mempunyai sebab yang munasabah untuk berasa demikian kerana beliau adalah bekas pengetua sekolah yang tentunya risau akan jumlah kehadiran muridnya ke kelas.

Angka kehadiran tidak sampai 80 peratus itu sebenarnya boleh dianggap sebagai satu isu besar kepada proses PdPR secara keseluruhannya.

Beliau bertanya, adakah murid bosan dengan apa yang dihidangkan oleh guru menerusi PdPR? Adakah PdPR tidak lagi mendatangkan keghairahan kepada murid untuk terus belajar secara norma baharu? Atau murid sudah lelah dan penat mengadap skrin komputer atau gajet masing-masing?

Hakikatnya ialah, belum sempat bosan, murid-murid yang tidak pernah menghadiri kelas PdPR ini adalah terdiri daripada mereka yang mengambil kesempatan daripada suasana tidak normal ini untuk melakukan apa yang mereka suka.

Ia berlaku dalam keluarga yang ibu bapa sudah berusia yang tidak mampu mengawal anak-anak remaja atau dalam kalangan ibu bapa yang bekerja dan mengharapkan sepenuhnya ke atas anak mereka untuk mendisiplinkan diri.

Ada anak-anak yang tinggal di kampung yang bangun pagi tapi keluar rumah untuk menjual buah-buahan di tepi jalan.

Memperolehi wang hasil daripada menjual buah-buahan lebih teruja daripada menghadiri kelas geografi PdPR nampaknya.

Kementerian Pendidikan harus cari formula bagaimana atasi masalah ini.

* Belalang - Bukan sahaja bekas menteri bimbang, kita yang ada anak pun turut bimbang sama.