KUALA LUMPUR - Sebuah rumah di Lorong Delapan, Kampung Pandan, yang dijadikan stor simpanan barang-barang lusuh musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.40 pagi dan 13 anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dan Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Panggilan kecemasan melibatkan kebakaran tersebut diterima pada jam 6.40 pagi.
Iklan
"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan barang-barang lusuh.
Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.03 pagi.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.03 pagi. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.53 pagi dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya.
Iklan