Wanita 84 tahun korban Covid-19 terkini di Singapura

Iklan
Singapura melaporkan korban Covid-19 ke-36 pada Sabtu, melibatkan wanita tempatan berusia 84 tahun.

SINGAPURA - Singapura melaporkan korban Covid-19 ke-36 pada Sabtu, melibatkan wanita tempatan berusia 84 tahun, menurut Kementerian Kesihatan.

"Wanita itu disahkan positif Covid-19 pada 15 Jun, belum menerima vaksin dan mempunyai sejarah penyakit kanser, hipertensi dan hyperlipidaemia," kata kementerian malam tadi.

Iklan
Iklan

Dikategorikan di bawah Kes 64255, warga emas itu menjalani ujian saringan Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan komuniti untuk pengunjung ke '115 dan 116 Bukit Merah View'.

Korban terakhir dilaporkan pada 21 Jun. Sehingga tengah hari Sabtu, jumlah kes di republik ini sebanyak 62,530.

Iklan

Secara keseluruhan, 62,181 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan masyarakat.

Buat masa ini terdapat 143 pesakit masih menerima rawatan di hospital, kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala empat lagi dirawat di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan kritikal.

Iklan

Setakat ini, terdapat 39 kluster terbuka Covid-19 yang terbesar dikaitkan dengan 'kluster 115 Bukit Merah View Market & Food Centre' yang kini mempunyai 89 kes disahkan. - Bernama