PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memutuskan semua aktiviti mengimport lembu-lembu hidup khususnya dari Thailand dihentikan dalam usaha menyelamatkan ternakan tempatan bagi tempoh jangka panjang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit kulit kental (LSD) yang sedang melanda negara berkenaan ketika ini.
"MAFI amat bimbang jika berlakunya jangkitan ini kepada lembu-lembu atau haiwan tempatan ia dibimbangi boleh melumpuhkan industri ternakan tempatan.
"LSD sangat mudah berjangkit pada ternakan sekiranya mereka berada dalam lingkungan yang sama. Jadi, sebab itulah kita ambil langkah awal dengan menghentikan segera aktiviti import ternakan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Perumahan Merbau Utama, Selising, di sini pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Kamarudin Md Nor dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Sehubungan itu, MAFI menyeru kepada seluruh penternak khususnya di kawasan sempadan untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat jika mengetahui aktiviti penyeludupan masuk lembu-lembu dari Thailand secara tidak sah ke negara ini.
Agensi di bawah MAFI, kata Che Abdullah sentiasa bekerjasama dengan agensi keselamatan di sempadan dalam mengawal kemasukan lembu-lembu seludup itu.
Sementara itu, Tuan Mohd Saripudin berkata, suntikan vaksin sebanyak dua dos untuk satu tahun kepada ternakan ruminan tiada kaitan dengan langkah mengekang penyakit LSD.
Suntikan yang dijalankan setiap tahun itu bertujuan mencegah penyakit kuku dan mulut (FMD).
Katanya, ia adalah amalan biasa Jabatan Veterinar memastikan FMD tidak merebak ke atas haiwan ternakan di negeri ini terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.
"Justeru itu, lembu-lembu terlibat dengan ibadah korban diwajibkan menjalani suntikan vaksin yang telah ditetapkan.
"Ia adalah prosedur wajib ketika memohon permit sembelihan di Pejabat Pengawa Daerah," katanya.
Tuan Mohd Saripudin berkata, JPV pusat sudah mengeluarkan arahan berhubung suntikan berkenaan dalam usaha memastikan daging korban yang hendak diagihkan kepada asnaf benar-benar berkualiti dan tidak berpenyakit.
Sehingga kini, JPV negeri ini masih membuka ruang kepada penternak membuat janji temu bagi suntikan FMD terutama pemilik yang ingin menganjurkan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha.