'Segerakan tuntutan rakyat'

Iklan
Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan agar tuntutan rakyat disegerakan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ujar beliau, tuntutan rakyat yang melibatkan bantuan tambahan tunai, bantuan bakul makanan, moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan diskaun bil-bil utiliti.

Iklan
Iklan

"Tukarlah nama daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekalipun, hakikatnya kesan kepada rakyat tetap sama.

"Yang jelas rakyat sedang menderita, tertekan dan terdesak akibat terkurung selama 47 hari sejak PKP 3.0 dan 27 hari ‘total lockdown’ separuh masak diperkenalkan, hingga pendapatan dan kehidupan terjejas.

Iklan

"Yang penting tolong segerakan segala #TuntutanRakyat berkenaan bantuan tambahan tunai, bantuan bakul makanan, moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0, diskaun bil-bil utiliti dan kawalan harga barang keperluan asas yang naik mendadak,” katanya di Facebook pada Ahad.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah PPN yang dijadual berakhir Isnin tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Iklan

Beliau berkata, fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.