Jun Hoong lega tiket Olimpik dalam genggaman

Iklan
Jun Hoong sah akan beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan.

RATU terjun negara, Cheong Jun Hoong lega dengan keputusan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang mengesahkannya layak untuk beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan.

Jun Hoong berkata, pengesahan daripada badan induk dunia itu membuatkan dia semakin bersemangat untuk beraksi dan mengulangi kejayaan di pentas sukan terbesar dunia tersebut.

Iklan
Iklan

"Sudah pasti saya gembira kerana layak sekali lagi untuk beraksi pada Sukan Olimpik setelah kuota kelayakan dimuktamadkan FINA semalam (Ahad).

"Dengan masa yang agak terhad ini, saya harap dapat mempersiapkan diri terutamanya dari segi mental sebelum bertanding di Tokyo nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Iklan

Pada 23 Jun lalu, FINA memutuskan Jun Hoong tidak layak ke Tokyo berikutan perubahan pada peraturan kelayakan yang menyaksikan hanya 12 kuota diperuntukkan untuk ke Sukan Olimpik 2020 berbanding 18 atlet sebelum ini.

Jun Hoong yang ketika itu menyertai kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo sekadar menamatkan saingan separuh akhir acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kedudukan ke-18 (terakhir), sekali gus menyaksikannya tidak layak ke olimpik.

Iklan

Bagaimanapun, FINA dan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) telah membatalkan peraturan berkenaan dan kembali membenarkan kuota 18 penerjun terbaik ke Olimpik.

"Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Persekutuan Renang Malaysia (MS) serta semua pihak yang menyokong saya selama ini.

"Hanya ada lebih kurang tiga minggu lagi sebelum Olimpik bermula. Dalam tempoh itu, saya perlu bersiap sedia supaya dapat memberikan yang terbaik,” ujarnya yang meraih perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10m seirama bergandingan bersama Pandelela Rinong.

Pada Sukan Olimpik kali ini, skuad terjun negara turut dibarisi Pandalela, Leong Mun Yee, Wendy Ng, Nur Dhabitah Sabri yang mengesahkan slot masing-masing lebih awal.