'Sokongan kepada Tun M tak berbelah bahagi'

Iklan
Sye Saddiq ketika merasmikan Pertandingan Boling Mesra Media Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini, hari ini.

BUKIT JALIL - Pimpinan PH sememangnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia sekali gus menyangkal khabar angin isu undi tidak percaya.

Ahli Majlis Presiden PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan wujudnya gerakan di kalangan pimpinan PH untuk mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Perkara itu tidak betul, saya merupakan salah seorang ahli Majlis Presiden PH, tak pernah dibincangkan langsung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri seperti dakwaan yang tersebar.

"Malah pada masa yang sama, saya turut akui apa yang diperkatakan oleh Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah,memang pimpinan PH berikan sokongan tak berbelah bahagi kepada Dr Mahathir dan kita bersatu hati dalam hal ini,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Pertandingan Boling Mesra Media Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini timbul spekulasi kononnya akan berlaku undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir timbul selepas pertemuannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.