Bongkar laluan rahsia sebalik rak minuman

Iklan
Antara wanita yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis karaoke, di Bandar Puteri Puchong.

PUCHONG - Mengubahsuai premis dengan membuat laluan rahsia di sebalik rak minuman keras kononnya dapat mengelak daripada dicekup.

Namun, taktik lapuk itu hanya sia-sia apabila pemeriksaan teliti yang dijalankan sepasukan polis di sebuah premis di Bandar Puteri Puchong, di sini, awal pagi tadi, membongkar segalanya.

Iklan
Iklan

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, gadis pelayan pelanggan (GRO) yang dikatakan sedang melayan pelanggan berhibur secara tiba-tiba 'ghaib'. Namun setelah hampir sejam mencari, polis akhirnya menemui laluan rahsia yang membolehkan GRO terbabit bersembunyi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, Ops Noda yang dilakukan bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Selangor telah menahan seramai 24 GRO membabitkan warga Thailand, Vietnam dan Laos.

Iklan
Antara barang yang dirampas.

Menurutnya, turut ditahan adalah dua remaja wanita tempatan berusia 16 dan 17 tahun disyaki menjadi GRO.

"Terdapat kesulitan ketika serbuan di lakukan. Pintu kebal dengan peranti automatik yang digunakan pemilik premis menyukarkan pihak serbuan memasuki premis.

Iklan

"Ini memberi ruang dan masa untuk GRO terbabit untuk bersembunyi," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Mohd Khaizam berkata, ini kerana, pihaknya yang berjaya memasuki premis terbabit mendapati hanya terdapat pelanggan sahaja di dalam bilik karaoke terbabit.

Antara pasport yang dirampas.

Katanya, pemeriksaan lanjut berjaya menemui sebuah rak minuman keras yang diubahsuai menjadi pintu rahsia bagi GRO terbabit bersembunyi.

"Ketika ditemui terdapat 20 GRO bersembunyi di tangga kecemasan. Polis turut menemui dua lelaki dan dua wanita warga asing di laluan rahsia yang lain," katanya.

Selain itu, seramai 20 pekerja warga Bangladesh dan Myanmar serta seorang wanita warga tempatan di percayai penjaga premis turut ditahan. Manakala, seramai 142 pelanggan pusat hiburan turut diperiksa serta di arah menjalankan ujian air kencing.

"Polis merampas peralatan sistem audio dan resit pembayaran di premis terbabit dan kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.