Isu Tok Pa langgar SOP: Polis sudah ambil keterangan pemilik kafe

Iklan
Gambar tular Mustapa (dua dari kiri) sedang menjamu selera di sebuah restoran ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kalai, Jeli.

KOTA BHARU - Polis telah memanggil pemilik sebuah kafe di Kalai, Jeli kira-kira 108 kilometer dari sini bagi membantu siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superitendan Ahmad Arifin berkata, pemilik kafe itu telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli pada petang Ahad sebaik menerima gambar tular yang menunjukkan kehadiran Mustapa di dalam kafe itu.

Iklan
Iklan

"Selain pemilik kafe tersebut, polis akan turut memanggil tiga lagi individu (termasuk Mustapa) dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memohon maaf atas pelanggaran SOP itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar SOP: Mustapa mohon maaf, serah pada polis

Isu Tok Pa langgar SOP: Pemilik restoran mohon maaf kongsi gambar

Iklan