Kadar pemberian vaksin di Selangor paling perlahan

Iklan
Khairy pada sidang akhbar selepas meninjau PPV Tanjong Karang di sini pada Isnin.

TANJONG KARANG - Kadar pemberian vaksin di Selangor paling perlahan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang kesemuanya melebihi 80 peratus.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, usaha pemberian vaksin di negeri itu terlalu perlahan meskipun bekalan vaksin sudah disalurkan ke negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya telah usahakan supaya Selangor dapat tingkatkan kapisiti mereka kerana ini soal penggunaan vaksin.

"Walaupun ada pemberian bekalan vaksin tetapi banyak vaksin tidak digunakan," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Iklan

Khairy berkata, setakat Ahad lalu, kadar penggunaan vaksin tertinggi dicatatkan di Melaka dengan kadar 94 peratus diikuti Terengganu dan Negeri Sembilan dengan 92 peratus.

"Semua negeri lebih 80 peratus kecuali Selangor dan sebab itu kita buka lebih banyak PPV supaya dapat dipertingkatkan lagi," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor tingkat pemberian 130,000 dos sehari mulai Julai

Selain itu, katanya, kerajaan juga bercadang untuk membuka PPV di semua daerah di negeri ini pada Julai.

"Kita tak ada pilihan sebab lebih banyak vaksin akan sampai pada Julai.

"Saya tak nak vaksin duduk di dalam peti sejuk, kerana kita hendak guna secepat mungkin," katanya.

Justeru, beliau berharap kadar penggunaan vaksin di seluruh negeri dipertingkatkan.

"Jika tiada PPV, maka kadar penggunaan kita akan jatuh dan berharap kadar penggunaan 90 peratus ke atas dapat dilaksanakan," katanya.