Kuasa beri watikah calon tidak wajar 100 peratus ditentukan Presiden

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - Kaedah pemberian watikah pelantikan calon pilihan raya umum (PRU) untuk UMNO tidak sewajarnya bersandarkan 100 peratus bidang kuasa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata.

Sebaliknya, pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid menegaskan parti itu perlu mempraktikkan satu mekanisme baharu dalam menentukan pemberian watikah pelantikan calon-calon parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU).

Iklan
Iklan

Jelas beliau, sudah tiba masanya Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu merujuk nama-nama calon dikemukakan dengan pucuk kepimpinan peringkat bahagian yang sebenarnya lebih mengenali individu berkelayakan dan menjadi pilihan akar umbi di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, apa jua keputusan Presiden, perlu dibuat berdasarkan cadangan peringkat jawatankuasa bahagian dan cawangan yang mengemukakan calon untuk bertanding di kawasan masing-masing.

Iklan

"(Isu watikah pencalonan) perlu ada mekanisme, buat satu bentuk baharu. Kadang-kadang kita nampak ada ketua bahagian hebat melawan arus (dengan Presiden) tetapi di kawasan dia okey. Ini masalah yang jadi bila letak orang lain, mungkin kalah di kawasan itu.

"Jadi mesti kena ubah cara supaya (pencalonan) dibuat oleh bahagian, nama mesti datang dari bahagian barulah Presiden boleh keluarkan watikah.

Iklan

"Bukan kata Presiden tak kenal siapa. Inilah yang menyebabkan calon payung terjun mari dari 'atas', kita pun tidak tahu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengesahkan keputusan penangguhan pemilihan parti itu selama 18 bulan sehingga awal tahun 2023.

Abdul Aziz

Jelas Tajuddin, penangguhan itu diluluskan minggu lalu selepas majoriti ahli MKT bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Berikutan keputusan berkenaan, Ahmad Zahid dijangka kekal sebagai Presiden UMNO sehingga tahun 2023.

Umum mengetahui Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuasa memberikan watikah pelantikan calon-calon pilihan raya bagi parti UMNO dan juga MCA dan MIC pada setiap PRU.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, UMNO perlu mengehadkan kuasa Presiden parti dan tidak sekadar bergantung kepada kehendak pemimpin nombor satu parti itu dalam menentukan kelayakan dan keupayaan calon-calon PRU yang bakal dipilih.

Jelas beliau, terdapat dua perbezaan faktor yang perlu dilihat dalam isu pemilihan calon PRU iaitu sama ada individu berkenaan memenuhi kehendak parti atau Presiden semata-mata.

"Tidak semestinya calon yang dipilih Presiden adalah adalah pilihan tepat yang mengikut kehendak parti. Kadang-kadang calon tak popular di kawasan tapi kerana dia rapat dengan Presiden, Presiden ambil, itu tak betul juga.

"Kadang-kadang saya nampak dekat PRU ramai balik kampung, katanya nama dia dah dapat restu daripada Presiden, jadi ini perlu kita atasi. Saya rasa kena hadkan kuasa Presiden, jangan kata dia melawan Presiden, maka tak dicalonkan,"katanya