Suasana semasa di sekitar kawasan Kampung Jalan Kubur Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan hari ini.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD selama 14 hari melibatkan kawasan tersebut berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai depan selepas Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 53 kes positif COVID-19 hasil ujian saringan 79 orang di lokaliti berkenaan. - Foto Bernama