DM Malaysia bantu ibu tunggal kematian bayi

Iklan
Dari (kiri) Ketua Penyelidik dan Pembangunan (WUI), Safri Muhammad Zein, Eksekutif Kanan Rumah Ngaji, Marwaty Abdul Haris dan Datin Maini Jali ketika penyerahan wang sumbangan di Bangunan Karangkraf pada Isnin.

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan DM Malaysia (DM Malaysia) menyalurkan bantuan sebanyak RM1,500 kepada seorang ibu tunggal yang tidak dapat menguruskan jenazah bayi lelakinya berusia tiga bulan.

Pengasasnya, Maini Jali berkata, bantuan melalui Rumah Ngaji Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diharap dapat meringankan beban yang ditanggung ibu tunggal terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya terkesan apabila mendengar berita seorang wanita itu tiada wang untuk menguruskan pengebumian bayinya.

"Sumbangan ini diharap dapat membantu wanita berkenaan dan supaya tiada lagi insiden seperti ini akan berlaku di masa hadapan," katanya ketika menyampaikan bantuan itu di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Bantuan tersebut disampaikan kepada Eksekutif Kanan Rumah Ngaji, Marwaty Abdul Haris dan Ketua Penyelidik dan Pembangunan WUIF, Safri Muhammad Zein.

Pada 21 Jun, seorang ibu di Kampung Bangau-Bangau, Semporna Sabah terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.

Iklan

Wanita itu hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meninggal dunia akibat demam panas dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Jelas Maini, pertubuhan DM Malaysia yang diasaskannya memberi fokus membantu wanita khususnya golongan ibu tunggal.

Menurutnya, DM Malaysia turut mengusulkan cadangan kerjasama dengan WUIF untuk memberi bantuan kepada wanita yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Marwaty berkata, bantuan berkenaan akan diserahkan kepada sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang berhampiran kawasan tersebut untuk disampaikan kepada wanita berkenaan.

"Penyerahan tersebut akan diberikan kepada NGO yang terpilih dalam masa terdekat ini yang berdekatan dengan kawasan Semporna Sabah,” ujarnya.