Kes wanita hina Islam enam tahun lalu ditular semula

Iklan
Siasatan terhadap satu lagi perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh seorang wanita didapati berlaku enam tahun lalu dan ditularkan semula di laman sosial oleh warga maya.

SHAH ALAM - Siasatan terhadap satu lagi perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh seorang wanita didapati berlaku enam tahun lalu dan ditularkan semula di laman sosial oleh warga maya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pihaknya telah menerima satu lagi aduan berhubung perkara tersebut dan satu siasatan yang terperinci dilakukan.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati bahawa isu ini adalah isu lama yang berlaku 6 tahun lepas. Hantaran asal ialah pada tahun 2013 kemudian ditimbulkan semula pada tahun 2015 dan ianya ditukarkan sekali lagi sejak dua hari lepas," katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Mujahid meminta warga maya untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum menularkan apa-apa berita terutamanya yang berbentuk provokasi antara kaum dan agama.

Iklan
Iklan

"Sekali lagi pihak kami ingin mengingatkan semua agar masing-masing menghormati agama, kaum atau bangsa lain lebih-lebih lagi agama rasmi majoriti rakyat negara Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara iaitu agama Islam,” ujar beliau.