Kedah harap MOSTI tambah jumlah pemberian vaksin

Iklan
Dr Mohd Hayati (kiri) ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PLAK) Kuala Muda, Sungai Petani pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Kerajaan Kedah kurang berpuas hati dengan tahap penerimaan vaksin yang rendah berbanding jumlah berdaftar di negeri itu.

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, beliau mengharapkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi perhatian kepada negeri Jelapang Padi itu dengan menambah kadar dos yang akan diberikan Julai nanti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini, jumlah rakyat Kedah yang telah menerima suntikan dos pertama ialah seramai 223,936 orang atau 10.23 peratus manakala jumlah yang telah lengkap dos kedua ialah 150,119 orang atau 6.2 peratus.

"Bagaimanapun jumlah yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin di Kedah seramai 951,155 orang iaitu 61.74 peratus," katanya ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PLAK) Kuala Muda, di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech sehingga 7 Julai masih tidak bertambah iaitu lebih kurang 30,000 dos manakala vaksin jenis Sinovac belum disahkan lagi jumlahnya.

"Namun begitu, pada hari ini, lebih kurang 24,000 dos vaksin Sinovac diterima untuk digunakan oleh general practitioner dan hospital swasta.

Iklan

"Vaksin Pfizer-BioNTech pula diterima setiap minggu lebih kurang 30,000 dos sehinggalah minggu pertama bulan Julai," katanya.

Dr Mohd Hayati mengharapkan MOSTI menambah kadar dos yang akan diberikan pada bulan Julai nanti kepada rakyat Kedah memandangkan negeri ini merupakan salah sebuah negeri yang menerima pemberian dos vaksin yang sedikit.

"Selaku Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, saya tetap mengharapkan seluruh rakyat Kedah supaya segeralah mendaftarkan diri bagi imunisasi agar jumlah positif kes Covid-19 dapat dikurangkan," katanya.