Kerajaan lanjutkan PenjanaKerjaya 3.0

Iklan
Foto 123RF

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program PenjanaKerjaya dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memberi insentif kewangan kepada majikan bagi menyediakan peluang pekerjaan baharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini sebanyak RM170 juta telah disalurkan dan dimanfaatkan lebih 10,600 majikan serta 75,800 pekerja.

"Ini antaranya mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM1,500 kepada RM1,200 untuk program ‘Malaysianisation’ supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Iklan

"Selain itu, tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada enam bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan orang kurang upaya (OKU) dan bekas banduan,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, lebih 243,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Iklan

"Di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC), kerajaan akan mencipta peluang-peluang pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pemain industri,” jelasnya.