Sultan Selangor berkenan lawat Tamu Hotel & Suites

Iklan
Sultan Sharafuddin melihat pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 27.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mencemar duli melawat Tamu Hotel & Suites di Kampung Bharu di sini.

Baginda diiringi Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin tiba di pekarangan jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi baginda, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamidar Taharin serta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

Baginda meninjau kemudahan yang terdapat di hotel yang mula beroperasi Februari tahun lepas termasuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur di Restoran Suasana di tingkat 27 dan melawat kolam renang berlatar belakang KLCC di tingkat 14.

Iklan

Baginda kemudian berangkat ke bilik seminar bagi sesi taklimat pembangunan hotel setinggi 42 tingkat itu, yang menelan kos pembinaan RM200 juta menyediakan 276 bilik, 128 servis suites.

Sultan Sharafuddin melihat pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 27.

Iklan

Baginda meluangkan masa hampir tiga jam berada di hotel itu sebelum berangkat pulang kira-kira jam 2 petang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group, Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata, lawatan yang diadakan pada hari ini adalah lawatan peribadi baginda memandangkan kawasan Kampung Bharu dekat dihati tuanku.

"Menerusi lawatan ini, baginda berpeluang melihat lebih dekat pembangunan di Kampung Bharu melalui pemandangan dari atas.

" Hotel ini merupakan bangunan ikonik di Kampung Bharu yang boleh dianggap sebagai permata kerana lokasinya yang strategik berada di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur," katanya.

Jelas beliau, pembinaan hotel tersebut adalah projek pertama Zikay Group di Kampung Bharu dan tidak menolak akan ada lagi projek seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Pembangunan di Kuala Lumpur tidak sampai ke Kampung Bharu mendorong kami berani mengambil langkah awal dan menampakkan berhasil dengan terbangunnya hotel bertaraf empat bintang ini dan berharap akan ada projek lain menyusul.

"Sebagai anak jati Kampung Bharu, saya terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membangunkan kawasan ini tanpa meminggirkan tradisi dan identiti di sini," katanya.