Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Rompin menaiki bot untuk ke Kampung Salang pada program Vaksinasi Masyarakat Pulau Tioman, hari ini.
Petugas barisan hadapan turun hingga ke kawasan pulau dan bermalam seminggu di pulau bagi memastikan semua lapisan masyarakat menerima suntikan vaksin bagi mencegah penularan wabak Covid-19. - FotoBernama