Akaun Hartal Doktor Kontrak wujud di Facebook

Iklan
Tangkap layar akaun Facebook Hartal Doktor Kontrak

SHAH ALAM - Kempen #HartalDoktorKontrak terus diperhebatkan apabila sebuah akaun Facebook dengan nama Hartal Doktor Kontrak mula diwujudkan pada Sabtu lalu.

Sehingga petang ini, akaun tersebut telah meraih 2,545 tanda suka dan 2,696 pengikut.

Iklan
Iklan

Difahamkan, gerakan tersebut wujud sebagai solidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut menukarkan status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

Ia susulan tindakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mempertahankan pengambilan doktor kontrak yang mula dilaksanakan sejak Disember 2016.

Iklan

Dr Adham menjawab sebagai mengulas surat terbuka yang ditujukan kepada semua anggota Parlimen dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan serta Pakar Perubatan (Schomos) bagi menarik perhatian terhadap kekurangan jaminan dan peluang untuk mengembangkan kerjaya.

Gerakan tersebut juga didakwa bakal mengadakan mogok secara berfasa yang dijadualkan bermula pada 26 Julai ini.

Iklan