CFO Kumpulan Maybank letak jawatan

Iklan
Amirul Feisal - Foto Bernama

KETUA Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir telah meletak jawatan untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di institusi berkaitan kerajaan.

Maybank dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan.

Iklan
Iklan

"Maybank telah memulakan proses mengenal pasti GCFO baharu, sejajar dengan pelan penggantian sedia adanya.

"Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan dibuat," kata bank itu.

Iklan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, Maybank telah melantik pengawal kewangan kumpulan, Khalijah Ismail sebagai pemangku GCFO bagi menyelia fungsi kewangan kumpulan.

"Lembaga pengarah dan pengurusan Maybank melahirkan penghargaan kepada Amirul atas sumbangan serta kepimpinan beliau dalam kumpulan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa akan datang," katanya. - Bernama

Iklan