PdPR: Saranan Mahdzir satu 'wake up call' untuk ibu bapa dan murid

Iklan
Gambar hiasan 123RF

[SURAT PEMBACA] 1. Sebagai seorang pegawai yang masih berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam menjayakan PdPR guru dalam usaha menghasilkan guru yang berkualiti, saya amat bimbang melihat ada ibubapa dan pelajar yang beranggapan bahawa belajar secara online adalah bersifat sementara dan akan berakhir dalam masa terdekat.

Perlu diingatkan bahawa tiada garis masa yang tepat bila ia akan ditamatkan kerana semua ini bergantung kepada faktor di luar jangkaan.

Iklan
Iklan

2. Apabila kita berbicara tentang PdPR, kita sebenarnya bercakap tentang pembelajaran secara 'synchronous' dan 'asynchronous'.

Synchronous ialah apabila PdPR itu dijalankan secara langsung dengan keberadaan guru dan murid pada masa yang sama (real time).

Iklan

Sementara 'asynchronous' pula PdPR yang dijalankan dalam talian tetapi tidak secara 'langsung' dimana murid-murid boleh belajar atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada masa yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan kesediaan murid. Kita sentiasa cuba memenuhi keperluan murid untuk belajar.

3. Sebagai pegawai yang mengawalselia pengajaran guru, saya dapati bahawa guru-guru bekerja keras dalam menjayakan pendidikan anak-anak didik mereka dengan mengambil kira semua faktor.

Iklan

Ada dalam kalangan mereka yang bekerja hingga larut malam melayan keperluan pendidikan murid-murid mereka."Malam-malam saya sekarang ini dipenuhi dengan melayan pertanyaan murid-murid dan ibu-bapa mereka.

Namun saya bimbang dengan murid-murid yang langsung tidak 'kelihatan' semasa era PdPR ini" kata seorang ketua Panitia Bahasa Inggeris di sebuah sekolah kebangsaan.

4. Perkara paling utama yang diambil kira oleh guru ialah peranti murid. Menyedari bahawa ada kekangan akses capaian Internet murid-murid, guru-guru telah mengambil langkah-langkah alternaif agar kekangan ini tidak menafikan murid dapat belajar dengan sebaik mungkin.

Bekas Menteri Pendikan Dato' Seri Mahdzir Khalid menyarankan agar Kementerian Pendidikan juga perlu melihat dari aspek teknikal dan teknologi yang mampu untuk memenuhi keperluan murid sepanjang menjalani sesi PdPR.

Bimbang akan murid-murid yang tidak menyertai PdPR, Mahdzir turut mencadangkan proses rehabilitasi untuk murid yang tidak dapat mengambil bahagian dalam PdPR apabila sekolah dibuka semula secara bersemuka seperti sedia kala.

5. Hakikatnya setelah langkah-langkah pro-aktif diambil oleh guru-guru, keberadaan murid semasa PdPR masih rendah.

Justeru setelah semua ini diambil kira, Mahdzir Khalid mencadangkan bahawa seseorang murid yang sengaja tidak kelihatan semasa PdPR dijalankan digantung persekolahannya. Ada netizen yang menyuarakan sikap kurang senang mereka dengan saranan tersebut.

Walhal cadangan itu merupakan satu 'wake-up call' yang amat berguna bagi para pelajar yang langsung tidak berusaha untuk hadir dalam sesi PdPR mereka.

Mereka yang tidak pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan mungkin begitu takut dengan perkataan 'gantung' sedangkan perkataan gantung sekolah hanya bertujuan mendidik dan bukannya menghukum.

Ia bagi menentukan bahawa murid yang bermasalah dibantu untuk mengatasi masalah yang dihadapinya agar dia kembali dalam sistem perseolahan yang diharapkan seperti rakan rakannya yang lain.

6. Seorang Guru Besar yang enggan namanya disebut berkata"Apa yang disuarakan oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid itu adalah tepat sekali kerana sebagai Guru Besar saya amat bimbang apabila ada dalam kalangan para pelajar yang mengambil sikap tidak acuh tak acuh terhadap PdPR ini.

Saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh guru-guru saya. Mereka telah melakukan yang terbaik bagi memastikan tidak ada murid mereka yang tertinggal.

Perlu diingatkan bahawa PdPR ini telah bermula sejak tahun lepas lagi. Sepatutnya tidak ada alasan yang boleh diterima jika seseorang murid itu tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sekolah kami seperti sekolah-sekolah lain, menyediakan modul-modul secara manual bagi murid-murid yang menghadapi masalah belajar atas talian."

7. Seorang Guru Besar wanita yang berkhidmat di sebuah lagi sekolah kebangsaan di sini beranggapan bahawa"masanya telah tiba untuk para pelajar supaya menerima hakikat bahawa belajar atas talian merupakan sesuatu yang biasa dalam norma baru ini.

Lambat laun saranan Mahdzir Khalid ini merupakan sesuatu yang perlu demi kepentingan pendidikan Murid. Tambahan pula saranan ini bukannya ditujukan kepada murid-murid yang mempunyai masalah peranti atau akses internet.

Ia ditujukan kepada mereka yang sengaja 'ponteng' semasa Pdpr dijalankan. Jika kita tidak buat sesuatu mereka akan jauh ketinggalan apabila sekolah dibuka semula seperti biasa."

Sebagai seorang bekas pengetua sekolah, Mahdzir tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar. Netizen tidak perlu bimbang hanya kerana tidak membaca saranan penuh beliau.

* Cikgu Kamarul ialah Pegawai SISC Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson