Sweden diingatkan tidak leka berdepan Ukraine

Iklan
Barisan pemain Sweden meraikan kejayaan mara ke saingan kalah mati Euro 2020. Gambar kecil: Anderson

PENGENDALI Sweden, Janne Anderson tidak mahu skuad kendaliannya leka dibuai kejayaan mara ke pusingan kalah mati Euro 2020, sebaliknya memberikan fokus untuk berdepan Ukraine di Hampden Park pada awal pagi Rabu ini.

Menurut Anderson, kejayaan muncul juara Kumpulan A sudah pun berlalu dan kini skuad kendaliannya itu beraksi pada peringkat kalah mati yang jauh lebih mencabar.

Iklan
Iklan

Malah, katanya, biarpun dilabel selaku pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir, namun Sweden perlu menghormati Ukraine yang pastinya turun dengan misi untuk mencatatkan kemenangan.

"Saya tidak mahu pemain terus dibuai dengan pencapaian muncul juara Kumpulan A. Lagipun, saya perlu mengukuhkan setiap posisi bagi mewujudkan kekuatan seimbang pada jentera serangan dan benteng pertahan pasukan,” katanya.

Iklan

Sweden muncul juara Kumpulan A dengan tujuh mata hasil keputusan seri tanpa jaringan menentang Sepanyol, (menang 1-0 ke atas Slovakia) sebelum menewaskan Poland 3-2 pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, Anderson turut mengingatkan pemain untuk sentiasa berwaspada dengan taktikal permainan daripada Ukraine pada perlawanan berkenaan.

Iklan

"Bagi saya, Ukraine adalah pasukan yang baik. Mereka tahu bagaimana untuk menukar permainan daripada bahagian pertahanan kepada serangan.

"Mereka bermain dengan baik ketika menentang Austria, tetapi seperti kami mereka juga mempunyai tempoh rehat yang cukup, malah lebih daripada kami," katanya.