Anak-anak istimewa PDK Semenyih di persada antarabangsa

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dengan anak-anak istimewa ketika melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Semenyih pada kempen Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih, semalam. - Foto Bernama

SEMENYIH - Siapa sangka anak-anak istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) juga boleh menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan berperanan sebagai duta kecil negara dalam membantu mempromosikan produk keluaran tempatan di peringkat antarabangsa.

Inilah peluang yang diberikan kepada kanak-kanak istimewa dari sekitar Semenyih yang ditempatkan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Semenyih menerusi projek perintis program ASEAN Hometown Improvement Project (AHIP) yang dianjurkan Asia-Pacific Development Center on Disability (APCD).

Iklan
Iklan

Menurut Penyelia PDK Semenyih, Noraini Saruji, pusat pemulihan yang mempunyai 83 pelatih terdiri daripada kanak-kanak istimewa di sekitar Semenyih itu dipilih sebagai rakan kongsi APCD sejak November lepas bagi program pendidikan dan pemulihan di bawah inisiatif AHIP.

"Bermula sejak November lepas, pihak APCD hadir di sini bersama tenaga pengajar khas dari Thailand yang akan membantu kita mengajar anak-anak istimewa ini menghasilkan produk berasaskan kulinari dan kraftangan dengan betul.

Iklan

"Pada 7 hingga 8 Mac depan, PDK Semenyih akan menjadi wakil tunggal Malaysia untuk kita bawakan produk-produk yang dihasilkan oleh anak-anak istimewa di sini dan dibentangkan pada forum AHIP di Thailand nanti," katanya kepada Bernama, di sini.

Sementara itu petugas PDK Semenyih, Mohd Hafiz Ishak berkata pusat pemulihan itu memberikan fokus terhadap projek AHIP dengan menghasilkan biskut bagi kategori kulinari dan beg, bantal serta cenderahati seperti rantai kunci untuk kategori kraftangan.

Iklan

"Produk-produk yang dihasilkan ini turut dijual kepada orang ramai dengan harga bermula serendah RM5 bagi produk kraftangan dan kulinari," katanya.

Beliau berkata pusat pemulihan itu turut menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan pemulihan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

"Kita juga beroperasi di sini mengikut jadual tertentu yang mana Isnin dan Selasa diperuntukkan untuk pesakit atau pelatih yang menghidap Cerebral Palsy (CP), Rabu dan Khamis bagi aktiviti bengkel dan Jumaat adalah hari untuk kita jalankan lawatan ke rumah pelatih," katanya.

Dalam pada itu, waris kepada pelatih PDK Semenyih, Ayub Zaidin, 52, berkata anaknya, Ayuni Athirah Ayub, 18, yang menghidap CP telah menunjukkan perkembangan yang positif sejak mula didaftarkan di pusat pemulihan ini.

Beliau berkata sejak didaftarkan bermula 2005, Ayuni kini mampu berinteraksi dengan rakan sebaya dan anggota keluarga menggunakan bahasa isyarat yang mudah difahami.

"Anak saya menghidap CP dengan masalah saraf anggota serta percakapan, tetapi apabila menjalani latihan di sini, dia akan beri respon sama ada dengan isyarat tangan atau suara yang mudah kita fahami.

"Kami juga gembira apabila melihat Ayuni gembira dan teruja setiap pagi untuk ke pusat latihan ini sama seperti abang-abangnya yang ingin keluar ke sekolah," katanya. - Bernama