WASHINGTON - Angka kematian meningkat kepada 11 orang apabila satu lagi mayat ditemukan dari tapak runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida pada Isnin.
Datuk Bandar Miami-Dade, County Daniella Levine Cava berkata 150 mangsa masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Iklan
Iklan
Sebahagian bangunan kondominium Champlain Towers South, yang dibina pada 1981, runtuh kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan pada Khamis.
Bangunan 12 tingkat itu terletak kira-kira 9.6 kilometer di utara Pantai Miami. - Xinhua
ARTIKEL BERKAITAN: Kondominium runtuh di AS, 99 orang dikhuatiri tertimbus