Khazanah lantik Pengarah Urusan baharu

Iklan
Amirul Feisal. - Foot Bernama

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusannya berkuat kuasa 16 Julai 2021.

Dalam satu kenyataan pada Selasa Khazanah memaklumkan, Amirul bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada usaha peribadi.

Iklan
Iklan

"Lembaga Pengarah Khazanah mengalu-alukan pelantikan Amirul dan yakin berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.

"Lembaga Pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai pengarah urusan, terutamanya kejayaan beliau mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada dalam kedudukan kukuh serta mampu mengharungi persekitaran yang serba mencabar akibat penularan pandemik Covid-19," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Amirul adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd. - Bernama

Iklan