Lagi 'stok' lembu korban dirampas

Iklan
Sebanyak 20 ekor lembu jantan yang dipercayai mahu dijadikan sebagai 'stok' Hari Raya Aidiladha dirampas PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah lori di jalan Repek, Pasir Mas pada Isnin.

RANTAU PANJANG - Sebanyak 20 ekor lembu jantan yang dipercayai mahu dijadikan sebagai 'stok' Hari Raya Aidiladha dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah lori di Jalan Repek, Pasir Mas di sini, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan itu dilakukan selepas pemandu lori tersebut gagal kemukakan dokumen berkaitan permit perjalanan sah untuk membawa lembu-lembu itu.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukan rondaan rutin pada jam 6.30 petang, sepasukan anggota PGA telah terserempak dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan Kampung Repek," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, anggota PGA kemudian telah bertindak menahan kenderaan itu bagi tujuan pemeriksaan.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan di bahagian belakang lori membawa kepada penemuan beberapa ekor lembu baka jenis Brahman.

Azhari berkata, pemandu dan kelindan bersama lori serta lembu-lembu itu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati lembu-lembu itu diambil dari kandang di kawasan Tumpat dan akan dihantar ke Selangor.

"Rampasan lembu-lembu itu dianggarkan berjumlah RM252,000.

"Kes disiasat bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

"PGA akan memperketatkan kawalan dalam usaha membendung penyakit lembu Lumpy Skin Disease’ (LSD) di negeri ini," katanya.