Banjir kilat, lima sekeluarga dipindahkan

Iklan
Anggota bomba menyelamatkan salah seorang kanak-kanak dalam kejadian banjir kilat pada pagi Selasa.

GEORGETOWN - Sebuah keluarga di Kampung Din Bamboo, Batu Ferringhi dipindahkan ke rumah jiran berdekatan selepas kediaman mereka ditenggelami air selepas hujan lebat sejak awal pagi Selasa.

Keluarga tersebut yang terdiri daripada lima orang termasuk dua orang kanak-kanak itu diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal pada jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dan terus ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, rumah mangsa ditenggelami kira-kira satu meter menyebabkan semua mangsa terperangkap dalam kediaman mereka.

Iklan

"Siasatan awal mendapati, punca banjir kilat tersebut adalah dari limpahan air sungai berhampiran rumah berkenaan.

"Limpahan tersebut menyebabkan air telah masuk ke dalam rumah mangsa dengan ketinggian air sedalam satu meter. Oleh demikian, kita memindahkan mangsa ke rumah jiran berdekatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Paras air didapati mulai surut pada jam 11 pagi namun pemantauan masih dijalankan.

Salah seorang mangsa, Rosliza Mohamad, 35, berkata, hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan air dari sungai berhampiran kampung berkenaan melimpah dengan pantas.

Menurut wanita terbabit, akibat daripada itu, mereka tidak sempat memindahkan barangan dalam rumah.