Biden ikrar pastikan Iran tidak peroleh senjata nuklear

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON - Presiden, Joe Biden pada Isnin berkata, selagi menerajui pentadbiran Amerika Syarikat (AS) beliau tidak akan membiarkan Iran memperoleh senjata nuklear, lapor Sputnik.

"Hari ini, kita akan membincangkan mengenai pelbagai cabaran termasuk Iran.

Iklan
Iklan

"Apa yang dapat saya katakan kepada anda, saya akan pastikan Iran tidak akan peroleh senjata nuklear,” ujar Biden menjelang pertemuannya dengan Presiden Israel Reuven Rivlin.

Biden berkata demikian sehari selepas tentera AS melancarkan serangan udara terhadap tentera yang disokong Iran di sempadan Syria-Iraq sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kepentingan Amerika di Iraq.

Iklan

Pada Isnin, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki berkata, serangan itu berdasarkan Artikel 2 Perlembagaan yang memberi hak kepada presiden AS untuk menggunakan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan negara. - Bernama

Iklan