Parlimen tidak terbubar secara automatik susulan darurat

Iklan
Gambar kecil: Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz

SHAH ALAM - Parlimen atau Dewan Rakyat tidak terbubar secara automatik walaupun telah melebihi jarak masa enam bulan antara satu persidangan dengan satu persidangan lain.

Mengikut rekod, kali terakhir persidangan diadakan adalah pada 29 Disember 2020 dan dalam tempoh enam bulan, persidangan berikutnya dijadualkan berlangsung pada 29 Jun 2021.

Iklan
Iklan

Pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, pandangan itu dikemukakan pihaknya setelah meneliti Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 14 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021.

Jelas beliau, Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan keperluan 'memanggil' Dewan Rakyat untuk kembali bersidang manakala Seksyen 14 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan penjelasan kesan keperluan Perkara 55 (1) dipraktikkan sewaktu tempoh darurat.

Iklan

"Pada Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah dinyatakan:"peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan...”.

"Oleh kerana Seksyen 14(1)(a) telah menyatakan, antara lain, 'memanggil' Parlimen tidak mempunyai kesan, maka jarak masa enam bulan juga tidak memberi kesan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Isu pembukaan semula sidang Parlimen dalam masa terdekat menjadi polemik dalam kalangan pemimpin politik dan ahli akademik susulan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini mencadangkan ia dibuka semula secepat mungkin.

Kali terakhir Parlimen bersidang adalah pada tarikh 29 Disember 2020 setelah 23 pusingan usul pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dilaksanakan.