Suasana semasa di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Nilai yang masih dalam kerja-kerja persiapan, bakal dibuka pada Khamis ini dengan kapasiti 1,060 pesakit Covid-19 tahap satu dan dua berisiko rendah dengan bilangan 150 petugas.
Selaras dengan pembukaan PKRC itu, dua buah PKRC di Politeknik Port Dickson dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah bakal ditutup bagi mengurangkan bilangan petugas selain memudahkan kerja penyelarasan kawalan di satu tempat sahaja.
Setakat ini Negeri Sembilan mempunyai lima buah PKRC iaitu Politeknik Port Dickson, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah serta PKRC swasta iaitu Kumpulan Megaklinik Zahran Nilai, Ancasa Residences dan Klana Beach Resort di Port Dickson. - Foto Bernama