Pengusaha restoran keliru dibenarkan dine-in tanpa SOP baharu

Iklan
Pekerja mula menyusun semula kerusi di restoran susulan SOP terbaharu kerajaan Sabah membenarkan 'dine-in' belum dikeluarkan oleh pihak MKN.

KOTA KINABALU - Peniaga restoran mula membenarkan pelanggan makan di restoran pada Selasa mereka selepas kerajaan negeri membuat pengumuman berkenaan pada Isnin.

Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila prosedur operasi standard (SOP) mengenai pengumuman itu belum dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah sehingga kini.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang mendapati kebanyakan pemilik premis sudah mula beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan di restoran sejak pagi Selasa.

Bagaimanapun, menjelang tengah hari pemilik premis mula tidak membenarkan pelanggan makan dalam restoran dan boleh dibungkus sahaja.

Iklan

Orang ramai yang duduk makan atau minum di restoran mula diminta beredar selain kerusi serta meja disusun semula selepas pemilik premis mendakwa mereka diminta tidak membenarkan pelanggan makan di restoran oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, ketiadaan SOP terbaru menyebabkan anggota penguat kuasa dan pengusaha restoran keliru.

Iklan

Beliau memaklumkan ada menerima aduan daripada pengusaha restoran dan penjaja di kawasan Damai, Lintas dan Foh Sang bahawa mereka diberi amaran oleh penguat kuasa agar tidak membenarkan makan di restoran kerana SOP belum tersedia.

"Pengusaha restoran memberitahu, mereka juga boleh dikompaun. Tindakan penguat kuasa ini amat bertentangan dengan kebenaran makan di restoran yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam (Isnin)," katanya.

Sehubungan itu, Foong Hin berharap penguat kuasa tidak mengeluarkan kompaun kerana yang membenarkan dine-in adalah pengumuman daripada kerajaan Negeri.

"Masalah kekeliruan SOP ini juga timbul disebabkan oleh kerajaan negeri. Walaupun SOP belum dikeluarkan namun kebenaran makan di restoran sudah diberikan," katanya.